LATAR BELAKANG


Taska Adikku Gemilang ditubuhkan pada 15 November 2009 , taska ini telah ditubuhkan hasil titik peluh Puan Siti Nor Intan Rasyizawati Binti Abd Rasyid . Dalam menubuhkan Taska Adikku Gemilang ini banyak rintangan dan halangan yang telah dihadapi oleh pengusaha taska ini iaitu Puan Siti . Taska ini ditubuhkan hasil kerjasama antara Puan Siti bersama 4 orang sahabatnya . Taska Adikku Gemilang mempunyai 7 cawangan iaitu di Shah Alam , Kepong , Putrajaya dan Ampang . Taska Adikku Gemilang mementingkan sesuatu yang dipelajari oleh anak tuan puan dari 7 aspek perkembangan iaitu Komunikasi , Sosioemosi , Kreativiti , Fizikal , Kognitif , Bahasa dan Moral . Selain itu juga penubuhan Taska ini juga adalah untuk membentuk personaliti kanak-kanak agar menjadi seorang yang pintar , cergas , berkemahiran , berdaya tahan , bertaqwa dan dapat melahirkan insan dan generasi yang berkualiti . Amat penting bagi kita untuk memahami mereka .


VISI
  • Meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh .


 MISI
  • Membentuk personaliti kanak-kanak yang menarik serta menjadi seorang insan yang cemerlang gemilang dari segi Jasmani , Emosi , Rohani , Intelek dan Sosial . 


 OBJEKTIF
  • Memperkenalkan pembelajaran asas kepada kanak-kanak .
  • Meningkatkan perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak . 
  • Menanamkan sifat percaya diri dalam diri kanak-kanak 


 SASARAN UMUR 
  •  6 bulan - 4 Tahun



Tiada ulasan:

Catat Ulasan